Sabtu, 29 Ogos 2009

apa erti sebatang lilin


Apakah erti sebatang lilin dalam kehidupan?mungkin soalan ini terlalu remeh untuk ditanya.Sebab,lilin hanya benda yang kecil.Kegunaannya akan kita lihat apabila lampu elektrik di rumah kita padam pada waktu malam.Ketika itu,baru kita merasai betapa berharganya cahaya dari sebatang lilin.Terpadam cahaya lilin,gelap gelitalah persekitara.Oleh kerana itu,meskipun kecil,lilin selalu menjadi barang persediaan kecemasan penting dalam menghadapi kegelapan.
Cahaya adalah satu bentuk tenaga yang hanya wujud apabila ada sumber.Sementara gelap tidak mempunyai tenaga atau daya.Disebabkan itulah,walaupun lilin itu kecil ia dapat melenyapkan kegalapan.

Allah mengumpamakan petunjuk dengan cahaya.manakala kesesatan sebagai gelap.Ini mengisyaratkan,pasukan kesesatan tidak memiliki sedikitpun daya dihadapan pasukan cahaya.Ia hilang apabila pasukan cahaya menghilang.Sepanjang sejarah,umat Islam mengalami kesesatan ketika roda"Harakah Dakwah"berhenti bergerak.

Disini tersirat sebuah kaedah dakwah.Bahawa gelap yang menyelimuti langit kehidupan kita,sebenarnya dapat diusir dengan mudah,syaratnya mesti menyalakan kembali lilin dakwah.Berhentilah mengutuk gelap.Ia tidak bersumber dan tidak bertenaga.Kita tidak perlu memanggil matahari atau bulan untuk mengusirnya.

Tidak ada yang kita dapat selesaikan dengan kutukan.Sama seperti tidak bergunanya ratapan terhadap sebuah bencana.Musibah,jahiliah,kekacauan dan penderitaan yang sekarang bermaharajalela di seluruh rantau dunia Islam,tidak perlu diislahkan dengan kutukan atau ratapan.Sebab kedua tindakan itu tidak menunjukkan sikap "Ijabiyah"(positif)dalam menghadapi realiti."Adalah lebih baik menyalakan sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan.

Sikap Ijabiyah menuntut kita untuk menciptakan kehadiran yang berimbang dengan kehadiran fenomena jahiliah dalam pentas kehidupan.Ini mungkin tidak dapat kita selesaikan dalam masa yang singkat.Tetapi sikap mental Imani yang paling minima,yang harus terpateri dalam jiwa kita,adalah membuang keinginan untuk berserah atau menghidari kenyataan.Kenyataan yang paling buruk sekalipun,tidak boleh melebihi besarnya keupayaan jiwa dan iman untuk menghadapinya.

Disini juga terdapat satu lagi pengajaran yang agung.Bahawa sudah sampai masanya kita membuang kecenderungan meremehkan potensi diri kita.Ketika kita mempersembahkan sebuah amal yang sangat kecil,saat itukita harus membesarkan jiwa kita dengan mengharapkan hasil yang memadai.Sebab amal yang kecil itu,selama ia baik,akan mengilhamkan kita untuk melakukan amal yang lebih besar.Ibnul Qoyyim mengatakan,sunnah yang baik akan mengajak pelakunya melakukan sunnah itu.

Akhir sekali,tutuplah matamu dan nyalakan lilin sambil katakan:


".....Yang benar itu telah datang
dan yang batil telah lenyap.
Sesungguhnya yang batil itu
adalah sesuatu yang pasti lenyap"

(17:81)